Thursday, July 23, 2009

50-50


masa kat BTN, fasilitator aku pernah bertanya kepada aku....bila dia bagi sehelai kertas kosong, dia suruh lipat menjadi dua...


lepas tuh dia tanya, apa yang aku fikirkan tentang kertas yang sudah terlipat menjadi dua tersebut...rakan-rakan lain menjawab;

"adil"
"saksama"
"bakal dikerat"
"origami"

namun, jawapan aku hanya lah "50-50"...tidak aku sedar mengapa aku terus sahaja terfikir ayat tersebut...mungkin 'parasymphatethic action' (separa sedar), ataupun sekadar pendapat rambang...

selepas beberapa hari selepas berakhirnya BTN, baru aku dapat 'insight' tentang apa yang dimaksudkan '50-50' yang bakal aku hadapi...dengan keputusan perubatan aku telah diketahui aku sah separa buta warna...sesuatu yang akan menjejaskan masa depan aku...aku kini dihujung tanduk...sedikit perubahan sahaja boleh menentukan apa jalan yang akan aku lalui kelak...

'50-50' mungkin membawa makna sama rata, adil dan saksama...namun ia juga membawa maksud risiko, nasib, takdir dan takdil...namun, intuisi aku lebih berat kepada risiko dan takdir...kerana takdil tidak boleh diubah dan nasib adalah untuk orang pagan...


adakah orang yang mengambil gambar diatas ini pada 22hb ogos kelak adalah aku? hmm...


10 comments:

siti.mashitah said...

doa doa doa.
n berserah kt Allah..

Zafree said...

"Berodalah kepada-Ku, nescaya akan Ku makbulkan"

Doalah banyak2 Adam

Aku pun doakan utk ko gak ;)

a d a m™ said...

trimas korang...harap2 dapat sama2 jumpa kat sana...huhu...

aisya said...

adam~~ kakak aisya cite. ade kwn die *kt stevens kot?*. rabun wrna jgak. :) klau warna tu dkat2 die xley beza. cm adam kot? die amik comp engineering. boley fly. sbb comp xd kaitan. :D

irriz said...

kalo ko yg fly, cmne ko nk amek gmbr kpl trbg yg ko nek plak..

nnt biar ak yg amekkan gmbr utk ko..

a d a m™ said...

aisya: yer ker? dia MARA? harap2 boley... aminn... :)

LaBu: itu la maksud tersirat yg aku cuba nak sampaikan...adakah aku yg akan ambil shot gambar tu semasa plane yg sepatutnya aku naik berlepas? adakah aku yg akan terkandas di tanah melayu ini? adakah aku tidak dapat pergi bersama2 kawan2 seperjuangan aku?

Zafree said...

gie la qiamullail :)

a d a m™ said...

heh...kalo gi kem ker apa ker sng jek nak qiamullail...balik rumah jek teros malas nak bangun kol 5pagi...

THALHAH said...

senang je adam. wat solat hajat lpas smayang.xpayah tunggu qiamullail..

btw aku doakan ko xde prob nak fly.insyaallah

a d a m™ said...

heh...bab buta warna da takde masalah da...bab tiket plak masalah...heh...satu per satu datang beratur masalah nih...